PAPARAN LEBIH BAIK DI MOZILLA DAN CHROME

Monday, October 24, 2011

Sifat-Sifat bahan Berasid, Beralkali dan Neutral


1. Berdasarkan sifat-sifatnya, bahan-bahan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu :-

  • asid
  • alkali
  • neutral
2. Kertas litmus boleh digunakan untuk menentukan sifat sesuatu bahan sama ada berasid, beralkali atau neutral.
3. Makanan boleh diuji dengan menggunakan kertas litmus untuk menentukan sama ada ia berasid, beralkali atau neutral.
4. Kita juga boleh menentukan sama ada bahan itu berasid, beralkali atau neutral dengan merasai makanan itu.

Bahan Berasid
  • Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah.
  • Makanan berasid mempunyai rasa masam. Makanan-makanan ini termasuklah tomato, anggur, asam jawa dan mangga.
  • Barang keperluan rumah yang berasid termasuklah perapi rambut dan cecair di dalam bateri kereta.
  • Bahan berasid yang kuat akan bersifat menghakis. Ini bermakna bahan ini boleh membakar kulit.

3 comments:

shaheera dhania said...

kalau cuka pon berasid kan? :)

Unknown said...

apa jadi kalau asid campur neutral?

Unknown said...

apa jadi kalau asid campur neutral?

Post a Comment

Takkan baca je..komen le skit..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...