PAPARAN LEBIH BAIK DI MOZILLA DAN CHROME

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Pagi

 
 

Selamat pagi semua..harap agenda hari ini dapat berjalan dengan lancar ye....luv u all.

Monday, November 7, 2011

Tutorial : Centerkan tajuk Sidebar


 
Haii....nie ader sikit tutorial bagaimana hendak centerkan tajuk sidebar..
mula-mula pergi kat:-
  1. Sign in dulu > Design > Edit HTML
  2. tekan Ctrl + F dan cari perkataan ini..
  • h2 {
klik pada gambar kalau nak tgk dgn lebih jelas

  • dah jumpa......
  • pastekan perkataan ini....  (     text-align:center;  )  di bawahnye seperti gambar nie..

Monday, October 24, 2011

Sifat-Sifat bahan Berasid, Beralkali dan Neutral


1. Berdasarkan sifat-sifatnya, bahan-bahan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu :-

  • asid
  • alkali
  • neutral
2. Kertas litmus boleh digunakan untuk menentukan sifat sesuatu bahan sama ada berasid, beralkali atau neutral.
3. Makanan boleh diuji dengan menggunakan kertas litmus untuk menentukan sama ada ia berasid, beralkali atau neutral.
4. Kita juga boleh menentukan sama ada bahan itu berasid, beralkali atau neutral dengan merasai makanan itu.

Bahan Berasid
  • Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah.
  • Makanan berasid mempunyai rasa masam. Makanan-makanan ini termasuklah tomato, anggur, asam jawa dan mangga.
  • Barang keperluan rumah yang berasid termasuklah perapi rambut dan cecair di dalam bateri kereta.
  • Bahan berasid yang kuat akan bersifat menghakis. Ini bermakna bahan ini boleh membakar kulit.

Saturday, October 22, 2011

Apa itu Asid?

 



Apa itu asid?



Larutan yang di dalamnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dengan logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sejenis asid organik yang merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yang digunakan sebagai pengawet makanan. ~ borik asid lemah yang digunakan sebagai antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dalam pembuatan gentian kaca, porselin dan sebagainya. ~ hidroklorik ipula merupakan istilah bagi  larutan gas hidrogen klorida dalam air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sebagai reagen, dalam pemprosesan makanan, dalam pembersihan logam an lain-lain. ~ karbolik pula bagi istilah sejenis asid yang digunakan untuk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, Fenol. ~ klorik asid tanpa warna yng mempunyai ciri pengoksidaan yang kuat. ~ laktik asid yg terdapat dalam susu masam, digunakan sebagai bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik istilah bagi asid yang tidak berwarna, larut dalam air dan terdapat dalam buah-buahan seperti limau, oren, dan digunakan sebagai bahan perisa. ~ sulfurik istilah asid yang kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dalam air, digunakan sebagai reagen, dan dalam membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dalamnya (bukan larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dalam sesuatu larutan. Pengasidan perihal atau proses mengasidkan.

Friday, October 21, 2011

Asid, Alkali dan Neutral.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

hii....hari ini MQ hendak menerangkan tentang sifat bahan makanan. Bahan makanan yang berbezasebenarnya  mempunyai rasa yang yang juga berbeza iaitu rasa manis, masam , masin dan pahit. Rasa bahan ini boleh digunakan untuk mengelaskan bahan makanan kepada bahan asid, alkali dan neutral. Bahan yang bukannya bahan makanan tidak sesuai dirasa dengan lidah. Bagaimanapun bahan ini boleh diuji dengan kertas litmus.

Apa itu kertas litmus??

Thursday, October 20, 2011

Tema Pilihan

Theme: Investigating Materials

Learning Area : 2.1 Acid and alkali

Learning objective : Understanding the properties of acidic, alkaline and neutral

Learning outcome : by the end of the lesson, pupils should be able to identify acidic, alkaline and neutral substance using litmus paper

Science Process Skills: communicating, predicting, and making hypothesis.

Monday, September 19, 2011

Selamat Datang

Selamat datang.....welcome2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...