PAPARAN LEBIH BAIK DI MOZILLA DAN CHROME

Saturday, October 22, 2011

Apa itu Asid?

 



Apa itu asid?



Larutan yang di dalamnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dengan logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sejenis asid organik yang merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yang digunakan sebagai pengawet makanan. ~ borik asid lemah yang digunakan sebagai antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dalam pembuatan gentian kaca, porselin dan sebagainya. ~ hidroklorik ipula merupakan istilah bagi  larutan gas hidrogen klorida dalam air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sebagai reagen, dalam pemprosesan makanan, dalam pembersihan logam an lain-lain. ~ karbolik pula bagi istilah sejenis asid yang digunakan untuk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, Fenol. ~ klorik asid tanpa warna yng mempunyai ciri pengoksidaan yang kuat. ~ laktik asid yg terdapat dalam susu masam, digunakan sebagai bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik istilah bagi asid yang tidak berwarna, larut dalam air dan terdapat dalam buah-buahan seperti limau, oren, dan digunakan sebagai bahan perisa. ~ sulfurik istilah asid yang kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dalam air, digunakan sebagai reagen, dan dalam membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dalamnya (bukan larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dalam sesuatu larutan. Pengasidan perihal atau proses mengasidkan.

3 comments:

Mohd Shukri said...

Nk kmen apa ek?

Anonymous said...

senang nak paham ...bantu saya sikit tq ...

muni said...

thumane dk bce..............hok orng oyk tu lah dk bce

Post a Comment

Takkan baca je..komen le skit..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...